Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MB Selangor Ziarah Keluarga Arwah Abam

By 23 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang & Khairul Shahrizal (Gombak)

GOMBAK, 23 Feb Malaysiaaktif – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dalam kunjungannya, Amirudin mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut selepas tidak sempat berbuat demikian pada hari kejadian.

“Hari ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Abam yang terkenal sebagai pelawak dan banyak menghiburkan kita semua.

“Semua orang mengenali Arwah Abam dan perwatakannya sama sahaja di luar atau di dalam televisyen,” katanya selepas meluangkan masa hampir setengah jam di kediaman keluarga berkenaan, di Kampung Sungai Salak, di sini.

Arwah Abam, 32, meninggal dunia ketika tidur pada 10 Februari lalu di kediamannya kira-kira jam 7 pagi, sebelumnya beliau demam selama tiga hari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

-NAZ

Tinggalkan komen anda