Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

Pencapaian Atlet Melaka Membanggakan – Adly Zahari

By 5 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Iswadi Abdul Hamid (Melaka)

MELAKA, 5 Feb (Malaysiaaktif)– Majlis Penyerahan Bapa Angkat, Jabatan Angkat dan Anak Angkat Sempena SUKMA 2020 Johor serta Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Melaka di Sukan SEA Manila 2019 telah berlangsung di Auditorium Seri Negeri, di sini semalam.

Program disempurnakan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, ini menghimpunkan seramai 300 orang daripada kalangan ketua-ketua jabatan, jurulatih sukan serta atlet-atlet Negeri Melaka.

Menurut Adly, pertemuan yang telah diatur oleh Majlis Sukan Negeri Melaka Antara Bapa Angkat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dengan Anak Angkat (SUKAN) diharapkan mampu mengeratkan silaturrahim antara pucuk pimpinan negeri dengan warga sukan negeri Melaka untuk bersama-sama berjuang ke arah mencapai satu matlamat, khusus untuk kecemerlangan pasukan masing-masing di gelanggang Sukan Malaysia (SUKMA) ke 20 yang akan berlangsung 158 hari lagi di Johor.

“Selain itu, pencapaian atlet Melaka yang telah menempa nama dalam arena sukan antarabangsa khususnya Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan 13 orang atlet kita daripada 27 orang atlet yang bertanding di Sukan SEA telah berjaya membawa pulang lima emas, enam perak dan lapan gangsa dalam pelbagai acara sukan.

“Bagi menghargai pencapaian atlet-atlet ini kerajaan negeri Melaka akan menyampaikan hadiah kemenangan sukan kepada mereka. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan atlet negeri Melaka yang telah membawa nama negeri Melaka di persada antarabangsa dan sudah tentu kejayaan mereka akan menjadi contoh dan memberi motivasi serta inspirasi kepada atlet-atlet muda Melaka yang akan menyertai SUKMA ke-20 di Johor nanti.

“Atlet merupakan aset yang terpenting dalam menghasilkan pungutan pingat, oleh yang demikian kebajikan atlet hendaklah diberi perhatian,” katanya.

Atlet-atlet Melaka bersama Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Atlet-atlet Melaka bersama Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

 

-KN

Tinggalkan komen anda