Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor Berhasrat Menjadi Hab Halal Utama Dirantau Asia Tenggara

By 5 Februari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Perkembangan industri pasaran halal negara telah melonjakkan nama Malaysia menjadikannya antara negara yang dihormati serta dipandang tinggi dan menunjukkan industri halal di Malaysia mendapat sambutan positif dalam negara dan juga pada peringkat  global.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata perkembangan industri halal ini dilihat amat pesat di rantau Asia Tenggara di mana Malaysia menduduki tempat pertama dalam pasaran ekonomi halal dengan berbekalkan struktur ekosistem yang efisien dan lengkap berbanding negara-negara lain dan selaras dengan  Dasar Halal Negara, kerajaan negeri turut memberi penekanan dan menggandakan usaha bagi memperkasa lagi industri halal di Johor.

“Dalam Belanjawan Johor 2020, kerajaan negeri telah menyatakan hasrat untuk membangunkan sebuah hab halal utama di rantau Asia Tenggara.

Dr Sahruddin Jamal menyatakan bahawa Negeri Johor Berhasrat Menjadi Hab Halal Utama Dirantau Asia Tenggara.

Dr Sahruddin Jamal menyatakan bahawa Negeri Johor Berhasrat Menjadi Hab Halal Utama Dirantau Asia Tenggara.

“Bagi tujuan tersebut, telah ditubuhkan Majlis Halal Negeri Johor dengan kerjasama agensi yang berkaitan untuk memacu inisiatif berkaitan halal dan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pra-Pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2020, di sini semalam.

Menurut Sahruddin, Majlis Halal Negeri Johor ini akan bertindak sebagai ejen dalam melancarkan sebarang urus tadbir dan proses persijilan halal bagi produk dan industri halal di negeri ini.

“Penganjuran FIJO 2020 kali kedua ini juga adalah salah satu usaha kerajaan Johor ke arah memartabatkan lagi indusrti halal di mana dengan usahasama antara kerajaan negeri dengan Warisan Sdn Bhd, FIJO 2020 bakal diadakan pada 26 hingga 29 Mac 2020 di Persada International Convention Centre, Johor Bahru.

Dr Sahrudin Jamal merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Festival Islam Dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2020 yang berlangsung di Double Tree by Hilton Hotel Johor Bahru.

Dr Sahrudin Jamal merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2020, di sini semalam.

“Kerjaaan Johor menjangkakan lebih banyak penglibatan pempamer jualan dari usahawan tempatan dan luar negara di mana sebanyak 400 jumlah tapak jualan disasarkan pada tahun ini dan secara tidak lansung ia dapat membuktikan bahawa  industri halal juga mampu mencabar keupayaan ekonomi sektor lain,” katanya lagi.

Sahruddin juga berharap penganjuran FIJO ini dapat dijadikan aktiviti tahunan sekaligus sandaran utama kepada usahawan Islam untuk terus berdaya saing dan kerajaan negeri akan sentiasa komited serta terus berusaha untuk membimbing para usahawan atau bakal usahawan agar lebih maju dan berdaya saing ke arah Usahawan Halal Global yang diteladani.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Sains dan Teknologi Sheikh Umar Bagharib Ali, Speaker Dewan Negeri Johor Suhaizan Kaiat dan Pengarah Urusan Warisan Advertising selaku penganjur FIJO 2020 Datuk Rosle Jamaat.

-NI-

Tinggalkan komen anda