Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pintu Gerbang Bukit Kalam Bantu Promosi Labuan

By 2 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramlen Salleh (Labuan)

LABUAN, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Mercu tanda pintu gerbang Kampung Bukit Kalam yang dibina dengan kos RM10 ribu dilihat mampu membantu mempromosikan Labuan kepada pelancong.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, berkata mercu tanda pintu gerbang tersebut boleh dijadikan lokasi untuk pengunjung dan warga kampung Bukit Kalam dan sekitarnya merakamkan gambar kenangan yang secara tidak langsung akan dapat membantu mempromosikan Labuan melalui media sosial.

“Lokasi pembinaan mercu tanda pintu gerbang kampung Bukit Kalam agak strategik, sesuai dengan kemajuan pembangunan di Kampung Bukit Kalam yang sudah menjadi sebuah pekan baharu di Pulau Labuan.

“Pembukaan sebuah pasaraya dan beberapa buah kedai makan yang agak popular menjadikan Kampung Bukit Kalam semakin dikenali ketika ini,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mercu Tanda Pintu Gerbang Kampung Bukit Kalam, di sini semalam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kalam Mat Said Haris, berkata permohonan membina mercu tanda Bukit Kalam telah diluluskan pada bulan Jun 2019 dan pembinaan bermula pada September serta siap sepenuhnya pada Disember 2019.

“Sepanjang tahun 2019 Kampung Bukit Kalam berjaya melaksanakan 12 projek kemudahan asas, pembangunan serta pengurusan kampung menjadikan kampung Bukit Kalam menjadi lebih menarik untuk di kunjungi,” katanya.

Pembinaan mercu tanda pintu gerbang Kampung Bukit Kalam menggunakan geran peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Labuan.

Turut hadir Pegawai KEMAS Labuan Gilbert Julian dan Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan Salim Abdul Rahman.

-SH

Tinggalkan komen anda