Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kembara al-Falah 1.0 Erat Silaturahim Labuan, Keningau dan Sipitang

By 2 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramlen Salleh (Labuan)

LABUAN, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Program Konvoi al-Falah 1.0 anjuran Jawatankuasa Masjid al-Falah Kampung Bukit Kalam menjadi pemangkin kepada hubungan silaturahim antara Wilayah Persekutuan Labuan, Keningau dan Sipitang, di Sabah.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata antara matlamat utama konvoi ini adalah bagi menyampaikan sumbangan berupa makanan harian dan pakaian yang disumbangkan oleh warga Kampung Bukit Kalam untuk disampaikan kepada masyakat di Kampung Sepulut, Keningau.

“Syabas dan tahniah kepada Masjid al-Falah yang berjaya menganjurkan program kembara konvoi tiga hari dua malam ini dari Labuan ke Keningau dan seterusnya ke Sipatang Sabah.

“Konvoi ini bukan sahaja mampu merapatkan hubungan silaturahim tetapi dalam masa yang sama akan dapat membuka minda peserta untuk melihat kehidupan harian dan kemajuan pembangunan di daerah Keningau dan Sipitang Sabah,” katanya ketika melancarkan konvoi tersebut di Dataran Labuan, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid al-Falah Abd Rahman Jumat, berkata program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perserta serta pemberi sumbangan.

“Terima kasih kepada semua warga Kampung Bukit Kalam dan sekitarnya serta Persatuan Anak Kelantan Perantauan yang telah memberikan sumbangan untuk diserahkan kepada penduduk di Sepulut Keningau,” katanya.

Konvoi itu diketuai Suhaimi Kula serta melibatkan seramai 60 orang peserta dengan 14 buah kenderaan pacuan empat roda.

-SH

Tinggalkan komen anda