Laporan/foto: Suria Karim/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
BUKIT TAMBUN, 11 Feb (Malaysiaaktif) -Menyampaikan penerangan isu-isu semasa, dasar dan inisiatif kerajaan merupakan peranan utama Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia bagi memastikan setiap golongan rakyat tidak terlepas dari mendapat manfaatnya.
Skuad mobile@kioskĀ JaPen Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sentiasa proaktif berada di setiap pelusuk tempat bagi menyalurkan maklumat serta informasi terkini lagi sahih agar rakyat tidak ketinggalan serta peka mengenai apa yang kerajaan sediakan pada hari ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Ā Taman MerakĀ Choo Chang Pio, kolaborasi bersepadu antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Komuniti Harapan Malaysia Bukit Tambun 1 dan MPKK Taman Merak melalui Info on Wheels (IoW) dilihat cukup baik untuk menyebar luas apa jua maklumat baik daripada golongan muda mahupun golongan warga emas.
“Skuad mobile@kiosk turut membantu orang ramai dengan membuka kaunter perkhidmatan bagi semakan kelayakan MySalam, PEKA B40, semakan i-Sejahtera khas untuk rakyat Pulau Pinang dan juga e-Tunai Rakyat.
“Selain itu pengunjung juga boleh mengimbas QR4INFO Cod iaitu aplikasi yang dibangunkan oleh JaPenĀ Pulau Pinang bagi memudahkan akses ke laman FacebookĀ jabatan bagi mendapatkan informasi secara pantas dan tuntas,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diketuaiĀ Mohd Huzaimi Raup turut berganding bahu memberi kesedaran kepada orang ramai dengan mengedarkan penutup mulut dan hidung (face mask) secara percuma dengan harapan masyarakat di luar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak Novel Coronavirus 2019 N-CoV ini.
“Terima kasih JaPenĀ dan APM atas usaha ini, ia dilihat sangat bagus untukĀ masyarakat di sini mendapatkan maklumat dengan tepat,” katanya lagi.
-ii-