Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Kaunter Pusat MM2H Ditutup Hingga 30 April

By 15 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 15 Mac (Malaysiaaktif)Ā – Semua kaunter di pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di aras satu dan aras 10 Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di sini ditutupĀ berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 April ini sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kebanyakan pengunjung yang datang adalah warga asing dariĀ pelbagai negara.

ā€œLangkah ini juga penting bagi mengurangkan kebarangkalian penyebaran COVID-19 oleh pengunjung warga asing kepada petugas di pusat MM2H,ā€ katanya lagi.

Kata Nancy, sebarang permohonan baharu berkaitan MM2H hanya boleh dikemukakan melalui pos.

Bagi permohonan seperti permohonan pengeluaran simpanan dan penamatan, dan dokumen permohonan boleh dikemukakan melalui e-mel diĀ [email protected], katanya.

Nancy berkata, bagi permohonan yang melibatkan pembayaran di kaunter Imigresen di pusat MM2H, pemohon perlu membuat temujanji dengan pegawai Imigresen di pusat MM2H terlebih dahulu.

ā€œSemua pengesahanĀ permohonan baharuĀ  akan ditangguhkan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pusatĀ MM2H di talian 03-8891 7424,ā€ katanya lagi.

Nancy berkata, penutupanĀ sementara kaunter di pusat MM2H tidak akan menjejaskan segala urusan berkaitan dengan program itu dengan adanya prosedur alternatif yang telah dikemukakan.

ā€œPembukaan semula kaunter akan dimaklumkan kelak,ā€ katanya.

Nancy turut memberi jaminan bahawa kementeriannya komited dalam menangani isu penularan wabak COVID-19 selaras dengan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh kerajaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda