Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini – Muhyiddin

By 25 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh dan akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19, akan diumum Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata pegawai di Kementerian Kewangan pada masa ini sedang bekerja bertungkus lumus dalam menyediakan pakej berkenaan.

“Sama ada anda pemandu teksi, pemandu Grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat.

“Insya-Allah, no one will be left behind (tiada yang akan dipinggirkan),” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan media sosial hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda