Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PKP Mesti Dipatuhi Semua Golongan Masyarakat

By 25 Mac 2020Mac 27th, 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Rahman/Salawaty Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 25 Mac (Malaysiaktif) – Kerajaan berusaha dalam memberi kesedaran dan kepentingan kepada masyarakat mengenai kaedah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasa 18 Mac lalu dan berakhir 31 Mac nanti.

Agensi seperti PDRM, ATM, APM, RELA, Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Jabatan  Penerangan Malaysia telah memberikan komitmen dalam usaha mengawal pergerakan masyarakat semasa berada di kawasan yang berisiko jangkitan COVID-19 ini.

Sekatan jalan raya di kawasan pilihan.

Sekatan jalan raya di kawasan pilihan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, orang ramai kini mula mematuhi arahan PKP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

“Pihak IPD SPU juga telah membuat sembilan sekatan jalan raya dan rondaan di sekitarnya untuk menyuraikan kumpulan masyarakat yang berhimpun dan keluar tanpa tujuan.

“Pihak polis hanya membenarkan pergerakan masyarakat untuk perkara penting sahaja dan terhad kepada seorang sahaja dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Pemeriksaan dilakukan di kawasan yang mempunyai pergerakan orang awam.

Pemeriksaan dilakukan di kawasan yang mempunyai pergerakan orang awam.

Menurut Noorzainy, seramai 400 anggota petugas daripada pelbagai agensi telah digerakkan setiap hari demi memastikan masyarakat berada di rumah sahaja dalam usaha memutuskan wabak COVID-19 ini.

“Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri turut mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu pihak PDRM.

Kerjasama di antara PDRM, ATM dan agensi kerajaan yang lain.

Kerjasama di antara PDRM, ATM dan agensi kerajaan yang lain.

“Setiap hari terdapat peningkatan kes baharu dan kematian, maka masyarakat perlu faham dan bersabar dalam apa jua permasalahan yang dihadapi buat masa ini,” katanya lagi.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda