Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

COVID-19: SUKMA XX Johor 2020 Tetap Diteruskan

By 12 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari/MEDKOM (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor tidak berhasrat untuk menangguhkan penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang bakal diadakan pada bulan Julai tahun ini berikutan situasi terkini jangkitan COVID-19 di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata walaubagaimanapun pihaknya akan sentiasa memantau situasi semasa jangkitan COVID-19, dan akan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan acara sukan ini berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

“Buat masa ini, pihak penganjur tidak memiliki perancangan untuk menangguhkan SUKMA XX Johor 2020, jadi ia kekal mengikut jadual yang sudah ditetapkan.

Sidang media selepas Mesyuarat Pertama EXCO Johor di Kota Iskandar, semalam.

Sidang media selepas Mesyuarat Pertama EXCO Johor di Kota Iskandar, semalam.

“Malah kita pun sudah menghantar jemputan rasmi kepada tujuh buah negeri dan ia masih berjalan bagi mempromosikan semula SUKMA dan Tahun Melawat Johor 2020,” katanya lagi.

“Kajian dari semasa ke semasa akan dilakukan dan saya berharap acara sukan ini dapat diteruskan di mana segala persiapan penganjuran sudah pun berada di peringkat akhir,” ujarnya lagi ketika ditanya mengenai penganjuran SUKMA XX Johor 2020 pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama EXCO Johor, di Kota Iskandar di sini, semalam.

Malaysia kini berdepan gelombang kedua wabak COVID-19 di mana sebanyak 20 kes baru positif COVID-19 dilaporkan manakala satu kes (kes ke-78) telah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full (kiri) bersama Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad (kanan) selepas Mesyuarat Pertama EXCO Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fat Full (kiri) bersama Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad (kanan) selepas Mesyuarat Pertama EXCO Johor.

Pada sidang ini juga beliau memaklumkan persidangan bagi Dewan Negeri bagi penggal ini ditangguhkan dan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Samsolbari Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan Dan Budaya Mazlan Bujang dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Vidyananthan.

-NI-

Tinggalkan komen anda