Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19 : Tujuh Lagi Kes Positif Disahkan Babitkan Warga Tempatan

By 4 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tujuh lagi kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan, menjadikan jumlah terkini kes sehingga petang semalam menjangkau 36.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes baharu itu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb lepas.

Beliau berkata kes ke-30 membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 12 Feb.

‚ÄúBeliau telah pulang pada 16 Feb. Kes tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini. Kes dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak¬†dan kes disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu kes ke-31 adalah seorang lelaki berusia 50 tahun, namun lelaki itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Individu itu dilaporkan mempunyai gejala pada 26 Feb, dan kes dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan disahkan positif COVID-19 juga pada 2 Mac.

Kes ke-32 pula membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun dan wanita itu juga  tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

‚ÄúKes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 27 Feb, seterusnya dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020,‚ÄĚ katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, kes ke-33 melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia 58 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri mesyuarat pada 16 Feb, dan kes dikesan semasa semasa aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata kes ke-34 adalah seorang lelaki Malaysia berusia 40 tahun yang merupakan seorang paramedik di sebuah hospital, yang memberi rawatan kepada kes ke-26.

‚ÄúKes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara,¬†dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif COVID-19 hari ini (3 Mac),‚ÄĚ katanya.

Bagi kes ke-35, ia melibatkan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 31 Jan lepas, dan pulang ke tanah air pada 16 Feb; dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan disahkan positif COVID-19 hari ini (3 Mac).

Seterusnya, kes ke-36 melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia 49 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir pada 23 Jan dan pulang ke Malaysia pada 1 Feb.

‚ÄúKes tidak mempunyai sebarang gejala, dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac,‚ÄĚ katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan daripada jumlah kes baharu itu, enam kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, manakala satu kes (kes-32) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, dan menurutnya semua kes dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

‚ÄúKKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa, malah aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes ke-26 dan kes-kes baru yang dilaporkan itu masih berterusan,‚ÄĚ katanya dan menambah, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai COVID-19 melalui laman sesawang KKM.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda