Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hospital Selayang Tutup Wad Pediatrik, Dua Kakitangan Positif COVID-19

By 21 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Hospital Selayang mengambil langkah menutup semua wad Jabatan Paediatrik buat sementara waktu susulan dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif COVID-19.

Pengarah, Dr Sakinah Alwi, memaklumkan pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad paediatrik ketika ini.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang telah disahkan positif COVID-19, siasatan lanjut masih berjalan.

“Sehubungan itu Jabatan Pediatrik Hospital Selayang terpaksa menutup semua wad pediatrik buat sementara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baharu ke semua wad.

“Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.

“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta ‘triaging away’ semua kes paediatrik ke hospital lain,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda