
Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)
PENANTI, 2 Mac (Malaysiaaktif) – “Memberi kesedaran dalam membanteras dadah adalah tanggungjawab bersama, bukan berpihak kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan semata-mata dengan semua pihak seperti pemimpin setempat, jabatan, agensi dan pejabat kerajaan serta NGO perlu bekerjasama dalam menjayakan hasrat Komuniti Bebas Dadah” menurut kata Elmariah Chung, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang ketika ditemui pada program Hari Antidadah 2020 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan tema Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama di Dewan Pintar Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
AADK SPT dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah SPT, Pusat Khidmat Adun Penanti dan Persatuan Skuad Khidmat Bakti Malaysia (PASKAM) menganjurkan Hari Anti-dadah peringkat Daerah SPT yang bertujuan meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat mengenai peranan komuniti untuk bersama kerajaan dalam usaha memerangi dadah secara kolektif, menyebarluas mesej-mesej Antidadah kepada komuniti dan menggembleng kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pihak industri, NGO, NPO dan pemimpin masyarakat dalam usaha pencegahan dadah secara holistik.
Di antara aktiviti yang diadakan bersama masyarakat adalah aktiviti pameran interaktif daripada jabatan dan agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Pertahanan Awam serta wakil-wakil swasta bagi memberi maklumat serta kesedaran kepada masyarakat setempat.

Penyampaian cenderamata kepada jabatan dan agensi yang terlibat dalam Hari Antidadah 2020 Peringkat Daerah SPT.
Turut hadir bersama Encik Syaiful Syarizal, Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah.
-ii-