
PUTRAJAYA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara negeri dan bandar, yang berkuat kuasa mulai RabuĀ dan BUKANĀ esok seperti yang diumumkan sebelum ini, sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penangguhan itu diputuskan demi keselesaan penumpang yang telah membuat tempahan tiket perjalanan tren esok.
“KTMB petang tadi telah memaklumkan pemberhentian beberapa tren antara negeri dan bandar akan dikuatkuasa mulai esok.
āPenangguhan operasi ke lusa (Rabu) membolehkan perkhidmatan trenĀ Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Antarabandar ke pelbagai destinasi dilakukan masing-masing sebanyak lapan dan 10 perkhidmatan sehari,ā maklum kenyataan itu.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif KTMBĀ Datuk Kamarulzaman Zainal dalam kenyataan berkata dalam tempoh PKP itu hanya dua, masing-masing ETSĀ dan perkhidmatan KTM Antarabandar akan beroperasi setiap hari, berbanding lapan kesemuanya sebelum ini.
Kamarulzaman berkataĀ operasi KTM Komuter pula akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan utara manakalaĀ perkhidmatan beberapa tren masih perlu diteruskan selepas mengambil kira keperluan khusus.
āIni termasuk penghantaran bahan-bahan perubatan dan makanan serta pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan penting yang terlibat dalam penguatkuasaan perintah ketika ini,ā katanya.
Dalam pada itu, Kamarulzaman berkataĀ perkhidmatan tren Skypark Link di antara Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dikurangkan kepada empat perkhidmatan sehariĀ berbanding lapan sebelum ini.
Bagaimanapun beliau berkataĀ perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Tebrau dihentikan sepenuhnya sehingga tamat tempoh PKP.
āPenumpang boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my,ā katanya.
Sementara itu, Express Rail Link (ERL) akan turut mengehadkan perkhidmatannya bagi memudahkan perjalanan ulang-alik harian pekerja yang berkuat kuasa esok (24 Mac) sehingga notis lanjut.
Menurut kenyataan ERL hari ini, KLIA Ekspres danĀ KLIA Transit akan beroperasi sebagai satu perkhidmatan gabungan dengan selang masa 30 minit sepanjang tempoh itu setiap hari yang bermula pada sebelah pagi iaitu 6 pagi hingga 10 pagi dan bagi sebelah petang dari 5 petang hingga 10 malam.
āSila ambil maklum bahawa tiada perkhidmatan tren pada waktu-waktu lain,ā menurut kenyataan itu.
Selain itu, tempoh perjalanan di antara KL Sentral danĀ KLIA ialah 35 minit manakala di Stesen KL Sentral, semua pelepasan akan beroperasi dari platform PelepasanĀ KLIA Ekspres.
— BERNAMA