
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 29 Mac (Malaysiaaktif) – PertubuhanĀ bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarĀ menghantar bantuan secara terus kepada penerima bagi mengelakĀ mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengulas ketidakpuasan hati pihak NGO terhadap keputusan agar bantuan dihantar ke pusat pengumpulan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Menteri Pertahanan itu berkata keputusan tersebutĀ diambil setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan untuk menjaga keselamatan ahli NGO yang terlibat.
“Jika mereka hantar sendiri kepada penerima yang mereka sendiri tidak tahu penerima itu bersih daripada COVID-19 atau tidak,Ā kita bimbang jika ada dalamĀ kalangan NGO yang dijangkiti dan akhirnya merebak kepada ahliĀ lain dan keluarga mereka.
“Walaupun mereka ingin menyumbangĀ tetapi kita mesti jaga kepentingan kesihatan mereka dan nyawa mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Ā di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sedia mendengar pandangan NGO terbabit dan akan berbincang mengenai kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu itu.
“Sekarang ini nak jumpa NGO secara mesyuarat ramai-ramai mungkin tidak digalakkan, perbincangan mungkin boleh dibuat secara persidangan video atau aplikasi WhatsApp dan sebagainya,” kata beliau.
Ismail Sabri berkata kerajaan menghargai peranan NGO dalam membantu masyarakat yang memerlukanĀ namun mereka perlu memahami sebab keputusan itu diambil.
Semalam, beliau berkata NGO yang ingin menyampaikan sumbangan dinasihatkan supaya menghantar barangan keperluan atau makanan ke pusat pengumpulan di pejabat JKM daerah di seluruh negara yang kini berfungsi sebagai pusat pengumpulan sebelum diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata bantuan barangan keperluan bernilai RM5.8 juta daripada pihak kerajaan akan diagihĀ oleh JKM kepada penerima yang layak.
Mengulas mengenai penutup hidung dan mulut percuma, beliau berkata sebanyak limaĀ juta keping akan tiba di negara ini dalam tempoh beberapa hari lagi dan pada peringkat awal, keutamaan diberikanĀ kepada petugas barisan hadapan.
“Selepas itu penghantaran kedua mungkin tiba, kita akan agihkan kepada orang awam,” katanya sambil menambah pengagihan penutup hidung dan mulut akan disalurĀ kepada jawatankuasa bencana peringkat daerah untuk diedarkan kepada penerima.
Selain itu, Ismail Sabri berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerima banyak sumbangan peralatan untuk pencegahan COVID-19 seperti penutup hidung dan mulutĀ namun penyumbang perlu memberikan senarai barangan dan jumlahnya supaya pengagihan lebih mudah dibuat kepada agensi yang memerlukan.
— BERNAMA