Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Politeknik METrO Johor Bahru Melangkah Ke Arah IR4.0 Dalam Bidang Keusahawanan Dan Inovasi

By 15 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Diana Lee (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Program National Young PolyCC Entrepreneurs, Let’s Make Your Pitch! 2020 (NYP2Ce’20) merupakan satu inisiatif yang  merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang inovatif dan kreatif.

Program yang bermula pada 9 hingga 11 Mac yang lalu dianjurkan oleh Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) bersama Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, MaGIC.

Program National Young PolyCC Entrepreneurs, Let’s Make Your Pitch! 2020 (NYP2Ce’20) beri kesedaran mengenai kepentingan 'business pitching' menggunakan kaedah Business Model Canvas (BMC) - Dr Noraindah Abdullah Fahim

Program National Young PolyCC Entrepreneurs, Let’s Make Your Pitch! 2020 (NYP2Ce’20) beri kesedaran mengenai kepentingan ‘business pitching’ menggunakan kaedah Business Model Canvas (BMC) – Dr Noraindah Abdullah Fahim

Menurut Pengarah Program NYP2Ce’20, Dr Noraindah Abdullah Fahim, pelaksanaan program ini adalah amat penting bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan ‘business pitching’ dan para peserta juga didedahkan dengan kaedah-kaedah business pitching menggunakan Business Model Canvas (BMC).

“BMC merupakan model perniagaan dalam bentuk kanvas, yang digunakan oleh organisasi perniagaan untuk menguji pegukuhan idea perniagaan yang bakal dan sedang digunakan serta untuk melihat keseluruhan pengurusan dan operasi perniagaan supaya dapat menjana keuntungan dan kestabilan dalam jangka masa yang panjang.

“Melalui program ini juga, para peserta diberi pendedahan mengenai teknik-teknik untuk membuat pitch dengan betul iaitu menggunakan sembilan blok BMC yang bermula dengan paparan keunikan produk, potensi pasaran, pesaing dalam industri, harga jualan, keuntungan yang dianggarkan dan kaedah menarik minat penonton,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis penutupan NYP2Ce’20 yang dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, di sini, baharu-baharu ini.

Produk ciptaan sendiri, Kaya Slice bawa tuah kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Norlily Johan apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Business Pitching (Kategori Pelajar).

Produk ciptaan sendiri, Kaya Slice bawa tuah kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Norlily Johan apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Business Pitching (Kategori Pelajar).

Turut hadir, Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD, JPPKK) Noor Azizan Itam, Timbalan Pengarah Unit Keusahawanan dan Alumni JPPKK Mohd Nor Mazlan dan Pengarah UTM Centre for Student Innovation and Technology Entrepreneurship Prof. Madya Dr. Mohd Zaidi.

Sebanyak 10 anugerah turut dipertandingkan pada program ini yang menerima sebanyak 291 penyertaan di kalangan pelajar dan tenaga pengajar dari politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Norlily Johan, 20, berkata beliau sangat bertuah apabila produknya, Kaya Slice berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Business Pitching (Kategori Pelajar).

Pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Mohd Zaki Abdul Manap, berjaya muncul juara dengan produk Car Anti-Theft and Child Alert bagi kategori Business Pitching.

Pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Mohd Zaki Abdul Manap, berjaya muncul juara dengan produk Car Anti-Theft and Child Alert bagi kategori Business Pitching.

“Program ini sangat menarik apabila para peserta yang menghadiri kem ini diajar bagaimana untuk membuat pitch dan juga apa itu BMC.

“Saya bersyukur kerana Kaya Slice berjaya menjadi johan, terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang diberikan,” ujarnya lagi.

Bagi kategori Business Pitching, seorang pensyarah dari Kolej Komuniti Kepala Batas, Mohd Zaki Abdul Manap, 40, berjaya muncul juara dengan produk Car Anti-Theft and Child Alert.

“Ini adalah pengalaman saya yang pertama memasuki pertandingan seperti ini dan sebelum ini saya tidak tahu apa itu BMC.

“Dengan pelbagai pendedahan, tunjuk ajar dan kursus yang diberikan dalam memasarkan produk melalui agensi dan kaedah untuk menarik para pembeli saya memperolehi banyak pengalaman yang berharga,” katanya.
-NI-

Tinggalkan komen anda