Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SUKMA Johor 2020 Ditangguh

By 25 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/KBS

PUTRAJAYA, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia sebulat suara bersetuju menangguhkan acara Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, jawatankuasa tersebut telah mengambil kira aspek utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut.

“Mesyuarat telah mengenal pasti dua cadangan tarikh yang menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember ini ataupun dianjakkan ke tahun hadapan setelah mengambil kira pemantauan berterusan perkembangan wabak COVID-19 serta tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting lain seperti peperiksaan awam mahupun acara-acara sukan utama.

“Kami turut meneliti dan mengambil kira kepentingan semua pemegang taruh SUKMA Johor 2020, khususnya Negeri Johor sebagai tuan rumah kejohanan ini,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Mengenai Penganjuran SUKMA Johor 2020, di sini hari ini.

Reezal turut mengulas penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dilihat keputusan wajar mengambil kira situasi semasa COVID-19 dan kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan mereka yang terlibat.

“Kementerian bersama-sama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan bekerjasama rapat meneliti implikasi keputusan tersebut ke atas atlet dalam masa yang terdekat ini,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda