Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Usah Tunding Jari, Bersama Cegah COVID-19 – PPKM

By 23 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menyeru semua pihak berganding bahu bersama-sama kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Presiden PPKM, Tan Sri Wan Mahmood Pa’Wan Teh, berkata ketika situasi negara sedang menghadapi kecemasan ketika ini, amat tidak wajar saling menunding jari untuk dijadikan modal politik pihak tertentu.

“Tidak wajar saling menuding jari dalam keadaan kecemasan seperti ini, jangan jadikan COVID-19 sebagai mainan politik oleh mana-mana pihak.

“Inilah masanya kita perlu berganding bahu menyelamatkan negara dan rakyat daripada menjadi mangsa COVID-19, marilah bersama-sama menghadapi keadaan yang sangat mencabar ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau yang mewakili 70,000 ahli persatuan menyokong langkah kerajaan melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari sehingga 31 Mac ini.

“Kami menyokong langkah kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19 melalui kuarantin selama 14 hari di rumah.

“Contohi negara China yang mengunakan disiplin tegas yang dipatuhi lapisan mesyarakat termasuk amalan penjarakkan sosial dan mengamalkan kebersihan.

“Di Malaysia pula perkara ini berkembang menjadi masalah yang besar hingga mereka bebas berkeliaran bergaul dengan orang awam, sekaligus dengan tidak sengaja merebak kepada pihak ketiga dan seterusnya,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda