Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

176 Pelajar POLIMAS Jitra Terima Bantuan Makanan

By 20 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)

JITRA, 20 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra (POLIMAS), di sini.

Menurut Pengarah KPDNHEP Kedah Rae Morn Verak, kebanyakan Universiti Awam di seluruh negeri ini kecuali Daerah Langkawi, telah diagihkan bantuan makanan ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dilaksanakan.

Barangan sumbangan kepada pelajar di POLIMAS Jitra.

Barangan sumbangan kepada pelajar di POLIMAS Jitra.

Dalam pada itu, Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) Jitra, Mejar Kehormat Mohd Noor Shahudin, berbesar hati menerima bantuan tersebut yang memanfaatkan 176 orang pelajarnya.

“Bersyukur dan berterima kasih dengan kunjungan daripada pihak KPDNHEP Negeri Kedah yang diwakili oleh pengarahnya sendiri dalam memberi sumbangan kepada 176 pelajar POLIMAS di dalam dan di luar kampus yang terkandas dalam PKP dari fasa pertama hingga sekarang.

“Bantuan seperti ini dapatlah meringankan beban institusi-institusi seperti kami dalam membekalkan bekalan makanan kepada para pelajar,” katanya ketika ditemui sempena agihan bantuan, semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda