PUTRAJAYA, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Bilangan pesakit COVID-19 yang discaj hari ini lebih dua kali ganda berbanding bilangan kes yang dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata sebanyak 103 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini, manakala jumlah kes baharu dilaporkan adalah 50.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah sebanyak 3,452 kes iaitu 62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Sehingga 22 April pukul 12 tengah hari, terdapat 50 kes baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,532 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
— BERNAMA