Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

ILKBS Hasilkan PPE Tampung Keperluan Petugas Klinik dan Hospital

By 6 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/KBS

PUTRAJAYA, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) tampil menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi menampung keperluan petugas di klinik dan di hospital kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata sumbangan tenaga dan kepakaran dalam bidang pembuatan amat diperlukan pihak kerajaan pada waktu ini.

“Walaupun jumlah pengeluaran fasa pertama ini tidak besar namun ia mampu memberi sedikit kelegaan kepada petugas-petugas hadapan dan pihak kerajaan,” katanya sempena lawatan kerjanya ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua untuk melihat sendiri proses penyediaan peralatan pelindung muka yang dibuat menggunakan kepakaran dan peralatan institut tersebut.

Reezal mencuba pelindung muka buatan IKTBN Dusun Tua, baru-baru ini.

Reezal mencuba pelindung muka buatan IKTBN Dusun Tua, baru-baru ini.

Selain IKTBN Dusun Tua, sebuah lagi ILKBS yang sedang giat menghasilkan peralatan PPE adalah IKBN Jitra. Sehingga kini sebanyak 2500 helai pelindung kepala telah berjaya disiapkan dari sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dibantu oleh kakitangan IKBN Jitra sendiri.

“Kita akan tingkatkan penyelarasan institusi di bawah seliaan KBS bagi menghasilkan lebih banyak produk PPE untuk memenuhi keperluan hospital dan klinik kesihatan berdekatan.

“Diharap segala sumbangan kemahiran dan kepakaran daripada ILKBS dapat membantu sedikit sebanyak pasukan barisan hadapan dalam menangani isu COVID-19 ini,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda