Skip to main content
Berita TimurTerengganu

KPDNHEP Jamin Barangan Keperluan Harian Cukup Hingga Akhir Tahun

By 23 April 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 April (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan stok barangan keperluan utama mencukupi sehingga akhir tahun ini walaupun negara kini sedang dilanda pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata, kementeriannya telah kerjasama beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Makanan (MOA) bagi memastikan semua barangan keperluan itu cukup untuk keperluan rakyat terutama pada Ramadan ini.

“Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pertengahan bulan lalu, rakyat mula bimbang dengan stok barangan keperluan makanan dan ramai yang membuat pembelian panik pada awal arahan PKP dilaksanakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.

“Alhamdulillah, selepas arahan PKP fasa dua, tiada lagi pembelian panik dan berharap situasi ini berterusan terutama pada PKP yang belum pasti bila akan berakhir,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan stok barangan di sebuah pasaraya besar di sini hari ini.

Beliau turut berkata, KPDNHEP segera mengambil tindakan dengan membuat pemantauan setiap pengeluar, pemborong dan peruncit dan terbukti tindakan yang diambil berjaya memastikan stok barangan cukup.

“Sehingga kini, pihaknya telah mengenal pasti 25 jenis barangan keperluan yang perlu dipantau daripada segi stok dan harga.

Rosol (kiri) meninjau stok barangan keperluan harian di sebuah pasar raya besar di Kuala Terengganu.

Rosol (kiri) meninjau stok barangan keperluan harian di sebuah pasar raya besar di Kuala Terengganu.

“KPDNHEP tidak meletakkan harga siling bagi barangan tersebut dan jika didapati ada kekurangan dan kenaikan harga yang mendadak, pihak kami sudah mengenal pasti mekanisma yang akan diambil,” katanya lagi.

Beliau menambah, selain barangan mencukupi, pihaknya juga sedar kebanyakan harga barang kini lebih murah jika dibandingkan sebelum arahan PKP terutama ayam segar.

“Walaupun dalam keadaan sukar kerana pandemik COVID-19, rakyat masih boleh berbelanja dan mendapatkan barangan dengan mudah serta harga yang munasabah,” katanya lagi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan stok barangan keperluan utama mencukupi sehingga akhir tahun ini walaupun negara kini sedang dilanda pandemik COVID-19.

KPDNHEP memberi jaminan stok barangan keperluan utama mencukupi sehingga akhir tahun ini walaupun negara kini sedang dilanda pandemik COVID-19.

Sementara itu, KPDNHEP Negeri Terengganu juga telah melakukan 2, 341 pemantauan di seluruh negeri sepanjang tempoh PKP dan menerima 112 aduan berkaitan kenaikan harga barang, kekurangan stok barang dan penipuan jualan atas talian sepanjang arahan PKP.

Orang ramai mendapatkan barangan menjelang sambutan Ramadan di sebuah pasar raya besar di Kuala Terengganu.

Orang ramai mendapatkan barangan menjelang sambutan Ramadan di sebuah pasar raya besar di Kuala Terengganu.

“Semua aduan masih dalam siasatan dan pegawai KPDNHEP Negeri Terengganu akan mengambil tindakan terhadap semua aduan yang diterima,” tambahnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda