Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Batal Bazar Ramadan

By 2 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)

SHAH ALAM, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk membatalkan Bazar Ramadan buat masa ini susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

“Kita akan batalkan Bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dahulu,” katanya pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0.

“Saya juga sudah berbincang dengan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) secara dalam talian dan mendengar cadangan mereka mengenai isu ini.

“Saya percaya mungkin akan ada Bazar Ramadan dalam talian, kerana akan ada keupayaan untuk penghantaran dalam talian,” ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda