Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKP: Penguatkuasaan Kini Memasuki Mod ‘Keras’ – Ismail Sabri

By 2 April 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP.

“Mulanya berlembut dan menasihati, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini mod pihak polis adalah keras, jadi kita harap rakyat patuh (PKP),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di sini hari ini.

Mengenai status pemeriksaan dikendalikan polis, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, 562Ā individu ditahan semalamĀ berbanding 583 pada Selasa sekali gus menunjukkan terdapatĀ penurunan dari segi tangkapan.

ā€œJika 3.6 peratus trend penurunan ini menunjukkan pematuhan rakyat kepada perintah, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan sebenarnya ditunggu-tunggu pihak kerajaan kerana rakyat telah pun sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan,ā€ katanya.

Sepanjang PKP dilaksanakan sehingga ke hari ini, beliau berkataĀ seramai 4,189 individu ditahan denganĀ 1,449 individu daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Tegasnya, sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanakan semalam melibatkan pemeriksaan terhadap 380,342 kenderaan selain pemeriksaan ke atas 3,791 premis perniagaan.

Sementara itu, ditanya andai kerajaan telah bersedia untuk melanjutkan PKP apabila tamat pada 14 April ini, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diteliti Kementerian Kesihatan terlebih dahulu dengan mengambil kira situasi semasa pada jumlah kes positif COVID-19.

Tegasnya, faktor jumlah individu yang tidak mematuhi PKPĀ itu juga turut diambil kira sebelum sebarang keputusan untuk melanjutkannyaĀ dibuat kerajaan.

ā€œAlhamdulillah kalau kita lihat daripada laporan Kementerian Kesihatan trend dariĀ segi jumlah positif tu tidak meningkat tetapi masih mendatar,ā€ katanya.

Malaysia, yang pertama kali menguatkuasakan PKP padaĀ 18 Mac lepas melanjutkan perintah kawalan itu sehingga 14 April dengan prosedur operasi yang lebih ketat, dalam usahanya memerangi wabak COVID-19, selepasĀ fasa pertamaĀ berakhir 31 Mac.

Pelaksanaan PKP itu sebagai usaha untuk memutuskanĀ rantaianĀ jangkitan dalam komuniti, antara lain menyaksikan penguatkuasaan sekatan keluar dari negeri masing-masing termasuk ke luar negara, serta tiada aktiviti di rumah ibadat, sekolah dan institut pengajian tinggi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda