Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 48 Kes Baharu, 53 Pulih, Tiada Kematian

By 23 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 23┬áMei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 48 kes baharu┬ápositif COVID-19┬ádirekod┬áhari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 7,185 kes, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 48 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 44 kes adalah penularan tempatan.

ÔÇťDaripada 44┬ákes penularan tempatan itu, 25┬ákes adalah bukan warga┬áMalaysia dengan 21┬ákes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih,ÔÇŁ┬á┬ákatanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat 53 kes pulih daripada COVID-19 pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad adalah  5,912 kes (82.3 peratus).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata tiada sebarang kes kematian dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 115 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu,Dr Noor Hisham, berkata  sehingga kini, terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar masyarakat menangguhkan akitiviti menziarahi keluarga lain dan rakan-rakan serta mengelak untuk menziarahi pusara sempena sambutan Aidilfitri esok.

“Ini termasuk perjalanan merentas negeri yang mungkin boleh mengakibatkan penularan ke kawasan yang lain terutama ke Zon Hijau.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada Kluster Pengerang (di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri) dan juga Sub-kluster Rembau (di mana penyebaran jangkitan COVID-19 didapati turut berlaku akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara),” katanya.

Katanya, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari raya tahun ini boleh diraikan dengan keluarga di rumah masing-masing dengan cara yang tertutup serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perayaan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini, MKN telah menyatakan bahawa jumlah ahli keluarga yang berkumpul pada hari raya tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari, namun tertakluk kepada keluasan ruang rumah.

Selain itu, penjarakan sosial dan kebersihan diri perlu sentiasa diamalkan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda