Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penjawat Awam Nadi dan Tulang Belakang Negara – KSN

By 1 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: FB Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

PUTRAJAYA, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam.

Beliau berkata penjawat awam merupakan nadi dan tulang belakang negara.

“Wabak #Covid-19 telah merubah paradigma baharu dari segi budaya kerja dan norma sosial masyarakat.

Namun produktiviti terus diutamakan demi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam entri terkini di laman media sosial rasmi beliau sempena Hari Pekerja, hari ini.

Terdapat kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini, termasuk petugas barisan hadapan seperti tenaga kerja kesihatan dan keselamatan yang kini bertungkus lumus memerangi penularan wabak COVID-19.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda