Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKP: KPDNHEP Puas Hati Tahap Kepatuhan Orang Ramai, Peniaga di Premis Perniagaan

By 18 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berpuas hati dengan tahap kepatuhan┬áorang ramai dan peniaga di premis-premis perniagaan di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata sejak kementerian menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Akta 342) pada 13 Mei lepas, sebanyak 5,469 pemeriksaan telah dijalankan sehingga semalam di premis-premis perniagaan di seluruh negara.

“Daripada 5,469 premis┬áyang diperiksa itu,┬ásebanyak 4,361┬ámematuhi SOP yang ditetapkan,ÔÇŁ katanya┬ákepada pemberita selepas melawat kilang Easy Pack Technology Sdn Bhd┬ádi sini, hari ini.

Beliau berkata 801 premis telah diberikan nasihat manakala hanya 37 sahaja diberikan amaran oleh KPDNHEP.

“Peranan kita juga seperti penguat kuasa yang lain iaitu apabila melihat ramai yang berkumpul, kita menasihatkan agar mereka┬ámenjaga jarak sosial,┬ámenggunakan cecair pembasmi kuman ketika memasuki premis perniagaan dan sekiranya mereka tidak memakai penutup hidung dan mulut,┬ákita menasihatkan untuk memakainya.

“Setakat ini Alhamdulilah kadar kepatuhan sangat memuaskan. Secara keseluruhannya rakyat kita baik dan patuh kepada arahan.┬áMacam tadi saya pergi ke Perlis,┬ádapat lihat ada pematuhan di mana┬á pihak pusat membeli-belah┬áselang satu jam mereka membuat pengumuman untuk mengingatkan pengunjung supaya mematuhi apa yang dipinta semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,ÔÇŁ katanya.

Rosol berkata tahap pematuhan ketika berada di premis perniagaan dan tempat terbuka amat penting kerana semua pihak bertanggungjawab dalam memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda