
PUTRAJAYA, 22Ā Mei (Malaysiaaktif) – Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperkenalkan chatbot pertama bagi mengendalikanĀ maklumbalas mengenai perkhidmatan lebuh raya secara digital iaitu āPUTRIā.
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan,Ā PUTRI direka untuk berinteraksi dengan pelanggan lebuh raya dari semasa ke semasa melalui ciri āartificial intelligenceā danĀ āmachine learningā yang dijangka mampuĀ mengendalikan lebih 70 peratusĀ daripada 1,500 panggilan harian, yang diterima Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC).
Menurut kenyataan itu,Ā PUTRI berupaya memberikan pelbagai maklumbalas berkaitan dengan perkhidmatan lebuh raya PLUS secara serentak seperti kadar tol, maklumat trafik terkini, pertanyaan mengenai PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan insiden.
āMenerusiĀ bantuan PUTRI, petugas TMC berupaya memberi lebih fokus terhadap panggilan kecemasan dan koordinasi bantuan dengan lebih lancar untuk membantu pelanggan yang berdepanĀ kesulitan di lebuh raya.
āPUTRI dapat diakses dan digunakan dengan lebih mudah kerana ia bertindak untuk memberikan respons dengan lebih pantas dan mampu untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan lebuh raya,ā kata kenyataan itu.
PenggunaĀ boleh berinteraksi dengan PUTRI Versi Beta sepanjang tempoh ujian rintis yang dilancarkan pada 27 April lepas dalamĀ laman web PLUS (www.plus.com.my) dan portal PLUSMiles (www.plusmiles.com.my) serta Aplikasi Plus, selain bakal disediakan menerusi platform Media Sosial dan aplikasi WhatsApp dengan kemampuan secara dwibahasa.
PUTRI dijangkaĀ siap sepenuhnya pada suku ketiga 2020 dan PLUS mengajak pelanggan lebuh raya untuk berinteraksi dengan PUTRI bagi meningkatkan proses perkembangannya di samping dapat membantu PLUSĀ meningkatkan keupayaan teknikalnya.
— BERNAMA