Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sibuk Berzumba, 15 wanita Dikompaun RM1,000 Langgar PKPB

By 31 Mei 2020Jun 1st, 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail (Sekadar gambar hiasan)

PUTRAJAYA, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 15 wanita yang melakukan aktiviti zumba di sebuah premis di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan PKPB dan cegah jenayah membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada 6.30 petang Jumaat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berumur antara 25 dan 50 tahun itu sedang menjalankan aktiviti zumba di dalam premis berkenaan dan gagal memberi penjelasan munasabah untuk berkumpul.

“Mereka telah melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda