Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Sepenuhnya Bermula Hari Ini

By 28 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

PUTRAJAYA, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Taman Tasik Titiwangsa di sini, ditutup sepenuhnya kepada awam bermula hari ini, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut, bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.

“Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar atau di sekeliling taman,” menurut hantaran tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan notis makluman penutupan itu, digantung di pintu pagar taman tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda