Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Belia Tampin Tekad Berkerjasama Untuk Sebarkan Maklumat Kerajaan

By 24 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia 4B Tampin dan Ahli Parlimen Belia Negeri Sembilan menyatakan hasrat untuk membantu dan berkerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Tampin dalam usaha menyebarkan dasar-dasar kerajaan melalui program-program yang akan dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Menerusi satu sesi pertemuan ringkas wakil Belia 4B bersama Pegawai Penerangan Daerah Tampin, Noraini Mohd Nasir, mereka telah menyatakan kesudian untuk memberi bantuan dari segi tenaga kerja dan akan menggerakkan lebih kurang 40 persatuan belia 4B dalam daerah ini.

Pengerusi Belia 4B Daerah Tampin, Suhaimizan Bizar, berkata pihaknya bersedia menggerakkan persatuan-persatuan belia yang terdapat di daerah tersebut.

“Dengan adanya kerjasama ini, golongan belia bukan sekadar dapat membantu pihak kerajaan, malah mereka juga akan dapat mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menyertai Info On Wheels (IOW) yang dikelolakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Tampin,” ujarnya.

WhatsApp Image 2020-06-23 at 17.27.04

Noraini menjelaskan perancangan program kemerdekaan kepada  Suhaimizan (kanan) dan Syafiq (tengah)

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Belia Negeri Sembilan, Syafiq Ikhwan Mohd Isam turut berpendapat dengan adanya kerjasama antara pihak Jabatan Penerangan dan Persatuan Belia di daerah ini, para belia akan lebih terbuka dan tahu akan peranan mereka dalam masyarakat.

“Kerjasama ini membantu untuk menghidupkan kembali persatuan belia yang agak kurang aktif sebelum ini serta peranan dan halatuju golongan belia akan lebih jelas sekiranya mereka terlibat dalam program-program anjuran pihak kerajaan dan dalam masa yang sama, mereka turut mendapat manfaat daripada program-program tersebut,” katanya.

Pegawai Penerangan Daerah Tampin, Noraini Mohd Nasir menyambut baik hasrat persatuan belia dalam Daerah Tampin untuk membantu menyalurkan maklumat dan dasar kerajaan.

“Pihak Pejabat Penerangan Daerah Tampin sedang merancang untuk mengadakan beberapa siri program IOW berkaitan Bulan Kemerdekaan bermula 15 Julai 2020 sehingga 15 September 2020 bagi menyemarakkan dan menanamkan semangat patriotik dikalangan masyarakat, jadi penglibatan persatuan belia ini dilihat sebagai satu penanda aras bagi menjayakan kempen bulan kemeredekaan pada masa yang akan datang,” ujar beliau.

-AK

Tinggalkan komen anda