Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Buka Sekolah: Pastikan SOP Dipatuhi – PDRM

By 24 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)/IPD Jempol

JEMPOL, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan komitmen untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan terutamanya pihak sekolah dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dalam garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Mohd Khairiel Mohd Arif, berkata pihak PDRM akan membantu sekolah dalam memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan dapat dijayakan sepenuhnya.

“Pihak kami telah memanggil anggota Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik untuk menjaga sekolah agar SOP hari pertama persekolahan dapat berjalan dengan lancar,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, persediaan menerima pelajar dijalankan dengan rapi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 dengan memastikan garis panduan yang dikeluarkan dipatuhi sepenuhnya.

Guru Penolong Kanan SMK Pasoh 2 Hamdan Husin, berkata pihak sekolah akan menerima seramai lebih kurang 40 pelajar Tingkatan Lima dan menyediakan pilihan kepada pelajar untuk tinggal di asrama mahupun tidak.

“Sekiranya pelajar memilih untuk tinggal di asrama, maka SOP yang disediakan mesti dipatuhi antaranya ibu bapa tidak dibenarkan melawat pelajar di asrama dan pelajar juga tidak dibenarkan keluar membeli barang pada setiap minggu.

“Pihak sekolah juga akan menitik-beratkan aspek kesihatan pelajar yang mana pelajar yang tidak sihat tidak dibenarkan ke sekolah, sama juga jikalau pelajar ada gejala tidak sihat pihak sekolah akan menelefon ibu bapa atau penjaga untuk mengambil pelajar tersebut dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital dengan segera,” katanya.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda