Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Jemaah Zahir Kesyukuran Dapat Tunai Solat Jumaat

By 19 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Shariffuddin Saedin (Seremban)

SEREMBAN, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Semua masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan telah dibenarkan melaksanakan solat Jumaat mengikut kapasiti bermula hari ini selaras dengan perkenan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Kesemua jemaah di Masjid Negeri di sini dilihat mengamalkan disiplin kendiri serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Antara SOP yang mesti dipatuhi setiap jemaah adalah berwuduk dari rumah, membawa sejadah masing-masing, mengamalkan jarak sosial serta memakai pelitup separuh muka semasa hadir ke masjid, manakal pihak masjid pula perlu melakukan kawalan dengan memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta merekod kehadiran jemaah.

Menurut salah seorang jemaah yang hadir, Muhd Helmi, beliau menzahirkan rasa kesyukuran selepas hampir tiga bulan tidak dapat menjejakkan kaki ke masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi menangani penularan COVID-19.

“Hari ini saya amat bersyukur dan gembira kerana dapat menunaikan solat jumaat dengan jemaah yang lain dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi jemaah, Muhammad Naim, berkata beliau hadir awal pada kerana khuatir kapasiti masjid akan penuh.

“Rata-rata jemaah yang hadir sudahpun mendaftar dalam talian untuk menunaikan solat Jumaat namun saya tidak mahir untuk berbuat demikian, jadi saya terpaksa hadir awal dan mendaftar secara manual dengan mengisi borang yang disediakan terlebih dahulu,” ujarnya.

Beliau turut berterima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana telah memberi kelonggaran untuk menunaikan solat berjemaah dan mendoakan kesejahteraan negara dalam memerangi COVID-19.

-AK

Tinggalkan komen anda