Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerja Pembaikan Paip Pecah di Klang dan Kuala Langat Siap

By 12 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan berhampiran Restoran KFC, Jalan Langat, Klang siap dilaksanakan pada 1.30 tengah hari semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pihaknya menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan-kawasan tersebut pada 2 pagi 12 Jun.

“Sehingga 6 petang hari ini, kawasan terlibat di wilayah Klang, iaitu Bandar Bistari serta Batu 5 dan 6, Jalan Langat telah mula menerima bekalan air. Bagi wilayah Kuala Langat pula, kawasan Eco Santuary dan Tropicana Aman telah menerima bekalan air, manakala kawasan-kawasan lain masih dalam proses pemulihan.

“Bantuan air melalui lori-lori tangki terus giat digerakkan ke kawasan-kawasan yang masih belum menerima bekalan air,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor serta laman sesawang rasmi di www.airselangor.com.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda