Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KPDNHEP Siasat Punca Kenaikan Harga Ayam

By 19 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat punca kenaikan mendadak harga ayam standard sejak beberapa hari lepas.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Operasi KPDNHEP Low Swee Hon berkata kementerian itu telah mengadakan pertemuan dengan penternak ayam dan pihak persekutuan penternak ayam di Putrajaya semalam bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara tersebut.

“Memang dikatakan ada peningkatan harga di peringkat ladang dan kementerian sedang mengesan sama ada peningkatan berlaku di peringkat pihak penternak, pemborong atau peruncit.

“Kita berharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang berlaku di kebanyakan pasar seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga barangan di Pasar Sungai Besi di sini bersama pegawai KPDNHEP Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata KPDNHEP akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi mendapatkan maklumat harga barangan serta justifikasi sekiranya terdapat pengambilan keuntungan berlebihan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda