Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Larangan Merokok di Premis Makanan Tidak Dihentikan

By 14 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri KesihatanĀ Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pandangan orang ramai yang menyatakan larangan itu tidak lagi dilaksanakan adalah tidak tepat, sebaliknya penguatkuasaan berkurangan kerana memberi tumpuan terhadap usaha menangani penularan COVID-19.

ā€œKempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan.

“Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberiĀ fokus terhadap COVID-19Ā malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak tiga bulan lepasĀ disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya semalam.

Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan serta bantuan kepada penduduk terjejas ribut di Kampung Sungai Semambu,Ā Kampung Parit Mentara 3, Kampung Jalan Banjar dan Kampung Jalan Gunung Semanggol dekat siniĀ semalam.

BeliauĀ mengulas rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati kerana terdapat individu kembali merokok di premis makanan selepas kedai makan dibenarkan beroperasi dan pelanggan dibenar makan dalam premis berkenaan.

Dr Noor Azmi berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Makanan 1983 di Parlimen tidak lama lagi dan draf mengenainya sedang diteliti oleh Pejabat Peguam Negara.

KerajaanĀ menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2019, yang hanya membenarkan perokok merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda