Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Op Mabuk: Pengamal Perubatan Antara Lima Ditahan

By 21 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang pengamal perubatan antara lima lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di sekitar Petaling Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 26 hingga 61 tahun itu didapati positif melebihi kadar alkohol yang ditetapkan.

Beliau berkata, operasi selama empat jam bermula 11 malam itu, memberi fokus untuk mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Polis mengeluarkan 36 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di daerah itu.

“Selain itu, 508 pengguna jalan raya dan 356 kenderaan diperiksa dalam operasi yang berakhir 3.00 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda