Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

By 18 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salwati Md Zam (Melaka)/Sumber Google

MELAKA, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Orang Islam Negeri Melaka Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Garis panduan yang disediakan oleh JAIM ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan majlis akad nikah orang Islam negeri Melaka dalam tempoh PKPP dilaksanakan.

Menurut kenyataan media Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, kebenaran berkahwin diberikan kepada pemohon yang telah menerima Kebenaran Berkahwin (Borang 4) dan Catatan Daftar Perkahwinan (Borang 5) daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri Melaka.

“Majlis Akad Nikah hanya dibenar diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau masjid, surau kariah di bawah pengawalan JAIM ataupun di mana-mana lokasi yang dibenarkan oleh JAIM.

“Jurunikah yang boleh menjalankan akad nikah adalah terdiri daripada Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar/Imam Kariah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam (MAIM)/JAIM sahaja,” katanya.

Pasangan pengantin perlu menghubungi pihak PAID atau Penolong Pendaftar Perkahwinan/Imam Kariah bagi mendapatkan tarikh majlis akad nikah serta SOP yang perlu diikuti semasa akad nikah dijalankan.

“Garis panduan ini dikuatkasa bermula 12 Jun 2020 dan pihak pengurusan masjid dan surau amat digalakkan untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memastikan perjalanan majlis akad nikah dapat dilaksanakan dengan teratur dan terkawal mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JAIM,” menurut kenyataan itu lagi.

-KN

Tinggalkan komen anda