Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Polis Gombak Nafi Mesej Penculikan Bayi

By 7 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

GOMBAK, 7 Jun (Malaysiaaktif) –Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menafikan mesej yang tular di media sosial berhubung kejadian bayi berusia 12 bulan dilarikan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihak polis menafikan berhubung perkara tersebut seperti yang ditularkan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak tularkan perkara-perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara tersebut.

“Ianya boleh mendatangkan kegusaran dan tidak tenteram di kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang menyebarkan berita palsu seumpama ini boleh diambil tindakan undang-undang.

Mesej palsu mengenai penculikan seorang bayi berusia 12 bulan yang ditularkan dalam media sosial semalam.

Mesej palsu mengenai penculikan seorang bayi berusia 12 bulan yang ditularkan dalam media sosial semalam.

“Bagi orang ramai yang menyebarkan perkara seumpama ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1988.

“Jika disabitkan kesalahan denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Arifai turut mengesahkan mesej yang sama juga pernah tular di daerah Kluang pada Januari 2019 dan telah dinafikan oleh Ketua Polis Daerah Kluang.

Semalam, tular di media sosial menerusi aplikasi whatsapp mengenai seorang bayi diculik menggunakan sebuah kereta jenis Satria berwarna merah.

Mesej tersebut meminta bantuan agar menahan kereta tersebut dan merujuk kepada bapa bayi berkenaan yang dinamakan Azmir Yusof di Batu 7 Jalan Gombak.

-NAZ

Tinggalkan komen anda