Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PPUM Perkenal Visa Kemasukan Guna Telefon Pintar

By 1 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik PPUM

PUTRAJAYA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Mereka yang mahu memasuki Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), perlu melengkapkan ‘Visa Kemasukan PPUM’ secara dalam talian, bagi memastikan keselamatan pesakit, waris pelawat, dan kakitangan, sepanjang mereka berada di premis itu.

Ketua Jabatan Perhubungan Korporat PPUM Yahaya A. Hamid berkata, visa kemasukan itu boleh didapati di www.ummc.edu.my atau melalui kod QR di semua pintu masuk PPUM, dengan menggunakan telefon pintar.

“Bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan tempoh menunggu, Visa Kemasukan PPUM, boleh dilengkapkan sebelum tiba di PPUM, menggunakan alamat sesawang seperti di atas.

“Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar, staf PPUM akan bersedia memberi bantuan di pintu masuk untuk pesakit, pelawat, dan kakitangan, mengisi Visa Kemasukan PPUM secara manual, dengan mengisi borang yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setiap Visa Kemasukan PPUM yang telah didaftarkan pada hari berkenaan adalah sah digunakan untuk memasuki premis PPUM sehingga pukul 11.59 malam pada hari lawatan atau rawatan sahaja.

“Pihak PPUM juga mewajibkan semua pesakit, pelawat dan kakitangan untuk memakai topeng muka dan mengamalkan jarakan sosial pada setiap masa, sepanjang waktu lawatan atau rawatan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda