Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MRT Buka Peluang Orang Ramai Berkreativiti dan Menang RM10,000

By 1 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini membuka peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah utama RM10,000 melalui TRANSEAT – Pertandingan Reka Bentuk Bangku Stesen Bawah Tanah MRT Laluan Putrajaya.

Pengarah projek Datuk Amiruddin Ma’aris berkata pertandingan itu yang bermula hari ini hingga 31 Julai bertujuan mencari reka bentuk terbaik bagi bangku yang akan dipasang di stesen bawah tanah MRT Laluan Putrajaya, jajaran kedua Projek MRT Lembah Klang yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 2023.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali pekerja MRT Corp, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd.

“Golongan profesional yang bekerja dalam industri reka bentuk dan juga yang bukan profesional termasuk pelajar digalakkan mengambil bahagian,” katanya dalam kenyataan.

Ini adalah pertandingan kedua anjuran MRT Corp dengan kerjasama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan disokong oleh Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA) selepas kali pertama melibatkan MRT Laluan Kajang (dahulunya MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang) pada 2015 dan 2016.

Pemenang hadiah utama akan  membawa pulang  RM10,000, sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM7,000 dan RM5,000, manakala pelajar berpeluang memenangi kategori hadiah khas RM5,000.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati menerusi www.mymrt.com.my/public/putrajaya-line/transeat/

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda