Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rayuan Pemohonan Geran Khas Prihatin Boleh Dibuat Sebelum 15 Jun

By 13 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan boleh membuat permohonan rayuan sebelum atau pada 15 Jun melalui portal GKP diĀ https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam kenyataan semalam,Ā Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata permohonan rayuan akan diberikan pertimbangan sewajarnya dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun.

ā€œBagi permohonan rayuan yang diluluskan, pembayaran GKP dijangka akan dibuat mulai 29 Jun,ā€katanya.

GKP merupakan peruntukan khas sebanyak RM2.1 bilion yang disediakan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)Ā mikro bagi memberiĀ bantuan kewangan secara ‘one-off’ berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro memulakan semula perniagaan.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda