Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

RM31,500 untuk 210 Keluarga Asnaf di Kuantan

By 15 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 15 Jun (Malaysiaaktif) – MYNIC Berhad menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai #MYNICCARES dengan memberi sumbangan sejumlah RM31,500 kepada Yayasan Pahang untuk 210 keluarga asnaf meliputi 21 buah kampung di sekitar Kuantan di sini, kelmarin.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Datuk Hasnul Fadhly Hasan, wakil kepada Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Khairul Anuwar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid dan pengurusan tertinggi MYNIC.

Penyampaian sumbangan kepada Pengerusi JKKK Indera Mahkota oleh Datuk Saifuddin Abdullah.

Penyampaian sumbangan kepada Pengerusi JKKK Indera Mahkota oleh Datuk Saifuddin Abdullah.

Datuk Saifuddin Abdullah dalam ucapannya berkata bantuan ini diharap dapat mengurangkan bebanan kos harian mereka terutamanya ketika fasa pemulihan wabak pandemik COVID-19 dan beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JKKK Parlimen Indera Mahkota pada majlis ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan, penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia, malah ia turut memberi kesan kepada sektor ekonomi dan pendapatan individu dan isi rumah dan melalui program CSR seperti ini, bukan sahaja memberikan bantuan malah menggembirakan golongan yang memerlukan.

Selain itu, katanya MYNIC turut mengambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang platform yang boleh disertai dalam program dan bengkel keusahawanan digital yang dianjurkan pada tahun 2020.

Program keusahawanan ini merupakan sebahagian daripada usaha MYNIC untuk membawa usahawan luar bandar yang berada di luar talian ke dalam talian (offline-to-online) sebagai menyokong aplikasi digital, seterusnya mempersiapkan diri untuk bersaing di pasaran ekonomi digital peringkat global.

-KN

Tinggalkan komen anda