Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Aktif Catat Angka Paling Rendah bawah 1,000

By 15 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 15 Jun (Malaysiaaktif) РBuat pertama kali sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini mencatat bawah angka 1,000, iaitu 986 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam terdapat lapan kes baharu yang telah direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 8,453 kes.

Jelasnya, daripada lapan kes baharu itu, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap, manakala enam kes lagi merupakan penularan di dalam negara.

“Bagi penularan tempatan, empat kes adalah bukan warga tempatan dan dua kes adalah dalam kalangan warga Malaysia.

‚ÄúEmpat kes jangkitan (dalam negara) itu¬†melibatkan bukan warganegara adalah daripada Kluster Tapak Pembinaan¬†Kuala Lumpur, manakala kes warganegara membabitkan satu kes saringan klinikal kes Influenza Like Illness (ILI) di Bintulu, Sarawak, dan satu¬†kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah,‚ÄĚ katanya dalam sedang media harian perkembangan COVID-19 di sini¬†semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, terdapat 35 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pulih sepenuhnya sebanyak 7,346 kes atau 86.9 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat satu lagi kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes maut COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes.

“Kes kematian ke-121 (kes ke-7468) merupakan orang kena tahan (OKT) lelaki warga India di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, berumur 67 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

‚ÄúBeliau didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan dibawa¬†ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebelum disahkan meninggal dunia pada 12 Jun lepas, saringan ujian COVID-19 didapati positif dan keputusan penuh bedah siasat masih dalam proses,‚ÄĚ katanya.

Sehingga kini sebanyak empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan lain, bersempena Sambutan Hari Penderma Sedunia hari ini, Dr Noor Hisham turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menderma dan menyumbang kepada aktiviti pendermaan darah.

Kata beliau, secara purata sebanyak 2,000 beg darah didermakan rakyat Malaysia dan digunakan untuk membantu 1,000 pesakit, setiap hari.

‚ÄúMelalui sumbangan mereka inilah, ramai nyawa insan dapat diselamatkan. KKM (Kementerian Kesihatan) amat berbangga dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia. Teruskan usaha murni anda,‚ÄĚ katanya.

KKM juga turut mengalu-alukan orang ramai agar terus tampil menderma darah dan menganjurkan kempen derma darah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda