Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SOP Korban Beri Tumpuan Jumlah Kehadiran, Kesihatan Haiwan

By 26 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban akan memberi penekanan kepada jumlah kehadiran individu semasa ibadah korban dan kesihatan haiwan ternakan yang terlibat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, SOP berkenaan akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Saya berharap SOP berkenaan akan digunakan secara seragam di seluruh negara,” katanya selepas melancarkan program ibadah korban dan akikah di Kemboja anjuran Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Islam Putrajaya, di siniĀ semalam.

Pada Rabu, Menteri Kanan (Keselamatan)Ā Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha dibenarkan di Wilayah Persekutuan, dengan SOP yang ketat melibatkanĀ  kapasiti kehadiran maksimum 30 orang, pada satu-satu masa bagi menguruskan seekor lembu.

Setakat ini, negeri yang membenarkan ibadah korban ialah Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda