Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tun Datuk Seri (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam Terima Surat Cara Pelantikan

By 4 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: M Zakry Chan / FB Kerajaan Negeri Melaka (Melaka)

MELAKA, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam telah menerima Surat Cara Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 4 Jun 2020 (Khamis), di Istana Negara sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam juga telah dianugerahi Darjah Kebesaran Persekutuan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun.

Menurut kenyataan akhbar Pejabat Ketua Menteri Melaka, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka akan berlangsung pada 5 Jun 2020 (Jumaat), di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Istiadat tersebut kemudian akan disusuli dengan Majlis Serah Tugas Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

“Saya bersama seluruh kepimpinan negeri Melaka, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kakitangan perkhidmatan awam, kakitangan swasta serta seluruh rakyat negeri Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.

“Semoga negeri Melaka dan rakyat negeri Melaka akan terusmaju dan makmur di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun.”

-KN

Tinggalkan komen anda