Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Tunku Besar Seri Menanti Santuni Mangsa Kebakaran

By 20 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Fitri Jasni (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz berkenan meluangkan masa untuk melihat kesan kebakaran di beberapa buah kedai di Pekan Kuala Pilah selepas solat Jumaat semalam.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 17 Jun tempoh hari melibatkan tujuh unit rumah kedai berstruktur kayu yang mengambil masa untuk dipadamkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Wahab, kejadian itu juga melibatkan seorang mangsa warga emas yang berumur 90an, yang berjaya diselamatkan oleh pihak JBPM.

Deretan kedai yang terlibat dalam kebakaran.

Deretan kedai yang terlibat dalam kebakaran.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah dan kita juga amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh JBPM,” katanya.

Tambah beliau lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak JBPM dan beliau juga menasihati masyarakat agar sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan kejadian seperti ini dapat dielakkan.

Dalam pada itu, Tunku Ali Redhauddin turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa terlibat.

-AK

Tinggalkan komen anda