Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 dan Diesel Naik

By 11 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik MoF

PUTRAJAYA, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tujuh sen seliter, masing-masing kepada RM1.72 dan RM2.02 seliter manakala diesel turut naik tiga sen kepada RM1.87 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 17 Julai ini.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kenaikan itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda