Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97, Diesel Turun

By 25 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik MoF

PUTRAJAYA, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Harga runcit RON95 dan RON97 turun empat sen masing-masing ke RM1.68 dan RM1.98 seliter, manakala diesel pula turun lima sen ke RM1.82 seliter untuk tempoh seminggu dari tengah malam tadi.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, penurunan harga runcit produk petroleum itu dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda