Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Komuniti PPR Tehel Pencetus Kejayaan Pertanian Bandar

By 8 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mastika Hablum/Muhammad Izhar Madshah (Jasin)

MELAKA, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, di sini sepakat untuk menjalankan projek tanaman secara bersepadu yang bukan sahaja mengindahkan kawasan kediaman malah turut mendatangkan sumber pendapatan.

Antara projek Pertanian Bandar PPR Tehel.

Antara projek Pertanian Bandar PPR Tehel.

Menurut Pengerusi KRT PPR Tehel, Rashidi Bahari, mereka telah menggunakan kawasan sedia ada sebagai lokasi Kebunita iaitu berkebun secara komuniti.

“Banyak manfaat yang saya perhatikan sejak terlaksananya projek ini antaranya dapat memupuk perpaduan yang erat antara komuniti di samping dapat menghasilkan produk tanaman sayur-sayuran hijau dan memberi pendapatan sampingan kepada kami di sini.

“Saya rasa bersyukur dan semestinya berbangga dengan kejayaan ini setelah dimaklumkan bahawa projek ini telah mendapat kelulusan geran berjumlah RM50,000 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Projek Pertanian Bandar dan berharap agar kejayaan ini menjadi contoh bagi komuniti lain di Daerah Jasin,” katanya.

Kerjasama antara penduduk bukan sahaja diusahakan untuk tanaman secara bersepadu malahan turut diinovasikan dengan menggunakan kompos yang diusahakan sendiri dan diperbuat daripada bahan terpakai dan sisa makanan terbuang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr. Ronald Kiandee yang hadir dalam program walkabout dan engagement telah menyampaikan mock cheque dan melawat kawasan sekitar PPR Tehel serta meninjau projek-projek pertanian dibawah Agropreneur Muda.

Turut hadir di program ini adalah Timbalan Menteri 1, Datuk Ahmad Hamzah dan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Penyampaian mock cek oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan kepada Pegerusi KRT PPR Tehel.

Penyampaian mock cek oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan kepada Pegerusi KRT PPR Tehel.

-KN

Tinggalkan komen anda